Wednesday 29 May 2013

Gambar Bayi Diselamatkan Setelah Dibuang Ke Dalam Saluran Kumbahan di China

llahhu ya Allah...terkedu melihat berita ini di TV sebentar tadi. Betapa ada segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan, malah lebih teruk daripada taraf seekor haiwan.



Mengikut laporan berita, kejadian ini berlaku di Zhejiang, China di mana seorang bayi lelaki yang baru lahir dibuang ke dalam paip kumbahan. Keajaiban berlaku apabila bayi itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba hidup-hidup setelah tersangkut di saluran paip. Kes ini mendapat liputan meluas dan mencetuskan kemarahan orang ramai di laman media sosial.


Penemuan itu selepas penghuni melaporkan bunyi bayi menangis di celah dinding bangunan dan melaporkan kepada pihak bomba. Saluran paip itu hanya sebesar 4 inci.

Aanggota bomba terpaksa memotong dan mengeluarkan paip itu serta membawanya ke hospital berhampiran, di mana doktor berhati-hati memotong di sekeliling paip untuk menyelamatkan bayi itu. 











0 comments:

Post a Comment

Komen Anda