Thursday, 30 May 2013

USTAZ SUKA K.POP TAK......?





USTAZ SUKA K.POP TAK......?

Itulah soalan yang diajukan kepada saya oleh seorang pelajar di sebuah sekolah di Ipoh setelah saya selesai menyampaikan ceramah motivasi..."anak soleh"

"K.POP....muzik Korea tu ye....."

kata saya meminta kepastian..bukan sebab saya tak tahu...cuma sengaja saya mahu melhat reaksinya.....


"Ha ah ustaz...bebudak kita sekarang ni tengah gila K.POP ustaz...semua kalau boleh nak ubah penampilan biar nampak macam artis korea atau hero drama Korea"

katanya dengan penuh keyakinan....seolah-olah dia itu pegawai iklan syarikat K.POP dari Korea.

"Hmmm....dari kita ikut K.POP kan baik kita ikut rupa dan perwatakan Nabi Muhammmad saw?"

Kata saya mengumpan dirinya untuk membicarakan tentang diri Nabi saw.....

"Erkk..tahu ustaz...saya tahu...memang kita kena ikut Nabi saw.....idola orang Islam....tapi....."

Kata-katanya terhenti...sambil dia mengerak-gerakkan jari jemarinya...dan mendongak ke atas......

"Tapi apa....?"

Tanya saya yang cuba mengorek rahsia ceritanya itu......

"Tapi ustaz...saya minat kat sorang awek tu....dia kata dia hanya nak seorang pakwe yang hensem macam hero K.POP Korea......"

Katanya tersipu malu...membocorkan rahsianya.....

"Ha ha ha ha ha......oooo patutlah ustaz tengok rambut kamu pun tajam ke atas macam Ultraman Cosmos......ni nak tiru hero Korea atau artis K.POP la ni ye...ha ha ha ha"

Saya tidak dapat lagi menahan ketawa ....kerana terlalu gelihati melihat gelagatnya dan perwatakannya...muka orang Melayu tetapi cuba meniru artis K.POP....memang kelakar.....

"Ehmmm..takde la ustaz...bukan nak tiru...cuma nak tarik perhatian budak pompuan tu aje...."

Katanya ikhlas tanpa berselindung....

"Beginilah...ustaz tak berapa gemar bila mendengar kamu nak jadi macam artis K.POP ...semata-mata nak dapatkan perhatian.....kerana orang yang suka meniru imej orang lain..adalah orang yang tiada keyakinan diri......kita orang Melayu terkenal dengan imej yang baik dan bersopan santun.....apatah lagi orang Islam mempunyai idolanya iaitu Nabi saw....contohilah imej dan perwatakan Nabi saw yang bersih dan kemas"

Kata saya menyampaikan ceramah ringkas.....sambil saya perhatikan dia tunduk memandang lantai dewan.Saya tahu dia masih teringatkan awek yang di minat itu...maka dari ekspresi wajahnya saya tahu dia susah untuk menerima nasihat saya.....

"Ingat satu aje.....kalau awek yang kamu minat tu minat benda-benda yang pelik....maka tak mustahil suatu hari nanti dia mintak benda yang pelik-pelik...."

Kata saya cuba menasihatinya...

"Maksud ustaz....saya tak faham?"

Soalnya sambil menggaru pangkal hidungnya seumpama pesakit resdong..

"Nabi saw pernah mengingatkan.....antara sebab kehancuran umat yang terdahulu...adalah disebabkan suka bertanya dan meminta benda yang pelik -pelik.....macam kaum Bani Israel yang meminta nabi Allah Musa alaihissalam untuk menurunkan hidangan daripada syurga.....meminta untuk melihat Allah.....maka Allah turunkan bala dan azab kepada mereka."

Saya bersyarah kepadanya...dan dia mendengar dengan penuh khusyuk....

"Maaf la ustaz nak cakap...fesyen K.POP ni pelik sangat dengan rambut tak tersusun rapi...dengan warna rambut yang very colourful......dengan mengubah kejadian Allah..mata contohnya dari sepet jadi bulat supaya nampak K.POP nya.....dengan fesyen pakaiannya yang tidak menepati syariat......"

Saya menguatkan hujah dan memberikan contoh kepadanya agar dia faham.....

"Ustaz risau Allah turunkan balanya kerana kita suka memilih gaya hidup yang non Islamik dan menuruti budaya yang tersasar jauh dari budaya Islam."

"Boleh kena bala ke ustaz?"....macam mana balanya tu?

"Ha ah....boleh kena bala salah satunya bala tak nak belajar dan malas nak berusaha jadi orang berjaya kerana asyik sibuk berangan dan asyik nak upgrade imej K.POP aje"

'Owh...betul tu ustaz patutlah saya asyik dapat markah rendah aje...."

Sekali lagi dia membuat pengakuan tanpa prejudis..

"tu la ustaz harap....awak tidak bercinta ketika belajar dan yang paling penting ialah....tumpukan perhatian pada pelajaran...kejar dahulu kejayaan....bila dah berjaya dan berkerjaya yang bagus...carilah seorang gadis yang beriman dan baik akhlaknya daripada gadis yang meminati imej K.POP..."

kata saya sebagai nasihat terakhir baginya kerana saya terpksa berangkat pulang ke rumah....

"tima kasih ustaz...saya akan cuba.....insyaallah....." Cuma satu aje ustaz saya nak bagitau..... "

Katanya dengan nada yang serius....

"Hah....apa benda yang kamu nak bagitau tu?"

Tanya saya dengan sedikit rasa terkejut................

"Muka ustaz ni ada iras-iras orang Korea......kalau ustaz buat rambut tegak ke atas...saya rasa sebijik macam artis K.POP Korea......ha ha ha....."

"Ha ha ha ha....kepala hotak kamu....." ha ha ha ha .......

Berderai ketawa kami......sehingga riuh rendah dewan dibuatnya.......

Dalam perjalanan balik.....saya tersenyum sambil memikirkan.....beginilah remaja kita...di negara ini..yang cukup senang terpengaruh dengan budaya luar....haiiii...kalaulah kita tak jaga dengan baik......hancurrrrrrrrrrr

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda