Monday, 24 February 2014

DENMARK NEGARA TERKINI HARAMKAN PENYEMBELIHAN CARA ISLAM DAN YAHUDI


Kementerian Pertanian dan Makanan negara Denmark telah mengumumkan bahawa kaedah penyembelihan binatang tradisional Yahudi dan Muslim akan diharamkan di negara itu, berikutan langkah-langkah yang sama telah pun dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland, menurut laporan di portal MuslimVillage.

Satu undang-undang baru memerlukan semua binatang ‘dipengsankan’ sebelum disembelih, dan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan Yahudi.

Ini bermakna umat Islam dan mereka yang beragama Yahudi yang tinggal di Denmark tidak lagi dapat membeli daging halal dari penjual daging tempatan, dan perlu membeli daging halal yang diimport sahaja. Kementerian ini berpendapat bahawa kaedah penyembelihan halal adalah tidak beretika dan hak asasi haiwan adalah perlu didahulukan berbanding hak agama.


Walau bagaimanapun, umat Islam dan Yahudi menegaskan bahawa kaedah penyembelihan mereka menyebabkan seksaan yang minimum kepada haiwan. Pesuruhjaya Kesihatan Eropah , Tonio Borg, mengutuk larangan itu dengan berkata ia adalah bercanggah dengan undang-undang Eropah. Selain itu juga, Menteri Pertanian dan Makanan Karen Hækkerup, mengakui bahawa orang Islam dan orang Yahudi kecewa dengan peraturan baru ini, tetapi berikrar bahawa kementerian tidak akan mengubah dasarnya.

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda