Monday, 24 February 2014

Wanita Telan Phone Kerana Tak Mahu Kantoi



Kerana risau kandungan SMS’nya di baca oleh kekasih, seorang wanita sanggup menelan telefon bimbitnya dengan sengaja. Wanita bernama Adriana ini melakukan perbuatan bodoh tersebut apabila dia dipaksa kekasihnya untuk menunjukkan kandungan SMS yang terdapat di dalam phone tersebut. Adriana yang takut cuba melarikan diri sambil dikejar kekasihnya itu.

Menyedari dia tidak dapat lari ke mana, Adriana tanpa berfikir panjang terus menelan phone tersebut dan terus masuk ke dalam perutnya. Itulah kebodohan yang terserlah sedangkan kandungan SMS tersebut boleh sahaja dipadam atau buang sahaja phone tersebut kalau ya takut pun. Janganlah sampai menyakiti diri sendiri. Tapi kalau macam ni punya takut, sah-sah lah memang curang kan?


Adriana dikejarkan ke hospital dan para doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan phone tersebut. Apapun jangan risau kerana kejadian ini berlaku di Brazil dan diharapkan tahap kebodohan wanita ini tidak sesekali akan mengjangkiti para remaja di negara ini. Huh!

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda