Monday, 24 February 2014

KEKASIH ANDA CURANG DENGAN RAKAN ANDA SENDIRI?



Apa kata anda jika orang yang anda cinta curang dengan anda? Curang dengan rakan anda sendiri, yang teruk bekas teman lelaki yang juga merangkap rakan anda masih berhubung dengan kekasih anda malah mereka berhubungan sehingga melakukan hubungan intim tanpa pengetahuan anda.. Hurmmm, susah jugak hal sebegini..

Help me :(

I have a gf and i love her so much. But i found out that she has make out with her ex which is one of my friend too. You can know they did it everytime they see each other for about 6 months. What should i do? :(

Apa yang kami rasa anda patut lakukan? Ini tips dari kami

1. Berterus-terang pada rakan anda/bekas teman lelaki kekasih anda 

Berterus terang merupakan perkara yang terbaik tetapi sebelum anda ingin suarakan pada rakan anda pastikan anda dalam keadaan yang tenang dan waras, jangan sesekali berterus terang dalam keadaan anda sedang kusut. Apabila anda berterus-terang pada rakan anda, pastikan ayat yang anda gunakan berhemah dan pastikan cerita yang anda tahu tidak ditokok tambah. Jika anda mendengar kisah curang ini daripada orang lain, pastikan yang menyampaikan cerita itu tahu yang anda ingin berterus-terang mengenai hal ini pada tuan empunya badan.

2. Dapatkan bukti terlebih dahulu

Orang kata sebelum ingin berterus terang pastikan anda mendapatkan bukti yang kukuh dulu, jangan main serkap jarang tuduh melulu walaupun anda rasakan anda betul. Kalau bercakap tanpa bukti, nanti jatuh fitnah pula. Sebaiknya jika anda bukti bergambar atau bertulis, lebih baik. Zaman sekarang telefon dan gajet canggih-canggih, jadi mungkin boleh buat video bukti. Lebih baik bukan?

3. Berterus terang dengan kekasih anda

Mungkin anda sudah berterus terang dengan rakan anda, kini lakukan perkara yang sama dengan kekasih anda. Tanya kekasih anda hal sebenar ‘kenapa terjadinya perkara sebegini’, ‘apa yang tidak kena dengan anda’, penulis yakin pelbagai perkara berada dalam minda anda, jadi suarakan. Mungkin terdetik dalam hati, kekasih anda masih menyimpan perasaan pada bekas teman lelakinya, jadi tanya sejak bila ianya terjadi.

4. Tenang dan fikir masak-masak

Anda sudah berbicara dengan keduanya dan mungkin ianya akan menghancurkan hati anda tetapi cuba tenang dan fikir masak-masak apa yang patut anda lakukan selepas ini.Anda ingin beri peluang kali kedua kepada kekasih anda? Anda ingin maafkan mereka berdua walaupun susah? Anda tidak sanggup untuk berpisah dengan kekasih kerana terlalu sayangkannya? Tapi jika anda seorang yang beria-ia sedangkan si dia ambil ringan, tak guna juga. Selama berapa bulan anda tertipu takkan sampai terusan diri minta ditipu. Fikir masak-masak, berdoa minta petunjuk kerana SI DIA lebih mengetahuinya.

5. Tinggalkan si dia jika anda rasakan anda tidak mahu diperbodohkan lagi

YA! Inilah yang patut anda lakukan sebenarnya, tinggalkan si dia. Ya, mungkin mudah untuk cakap sebab tak kena batang hidung sendiri tapi percayalah ini jalan terbaik. Buat apa bersama dengan orang yang menipu diri kita, sekarang dia tipu mungkin akan datang apa lagi yang dia mampu lakukan. Sakit sekarang tak apa asalkan tidak terusan ditipu.

6. Sudah sampai masanya minta si dia berubah menjadi orang yang baik

Ingat bila anda buat orang silap hari bulan perkara yang sama terjadi pada anda. ‘What goes around comes around’. Sentiasa beringat! Nasihati si dia agar cuba berubah secara perlahan dan jangan ulangi perkara yang sama. Mungkin si dia akan marah atau sentap dengan anda tapi inilah cara terbaik supaya si dia tidak ulangi perkara yang sama bila bersama dengan orang baru.

Cara ingin hadapi jika anda putus cinta
Mula-mula, menangis sekuat hati
Jangan sesekali dengan lagu putus cinta, contohnya pergi dengar lagu penyanyi Azie, Pelamin Angan KuMusnah, banjir bilik anda
Habiskan masa dengan keluarga atau kawan baik, jangan bersendirian
Mengaji al-quran, berdoa – minta petunjuk daripada-Nya
Bagi wanita, pergi shopping jika itu terapi terbaik anda
Delete semua gambarnya, jangan ada kene mengena dengan si dia lagi – telefon bimbit, laman sosial
Pulangkan kesemua barang yang si dia berikan pada anda, mungkin cara ini boleh buatkan anda lupa pada si dia

Yang lain terpulang pada anda – anda fikir dengan tenang

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda